
10 Teknik Tingkatkan Daya Ingatan
1. Yakin dengan kebolehan sendiri.
Kamu perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kamu mempunyai daya ingatan yang baik. Jauhkan fikiran negatif seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau ’saya susah mengingati nama orang’. Padamkan fikiran sebegini dan berjanjilah untuk meningkatkan daya ingatanmu. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri.
2. Latih otak.
Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatanmu. Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru. Kamu boleh mencuba belajar kemahiran menaip atau bermain alat muzik yang baru. Cabar minda kamu dengan bermain kuiz atau sudoku. Sedikit sebanyak otak kamu akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.
3. Kurangkan stress.
Stress tidak akan hilang. Tidak normal jika kamu tidak merasa stress. Kamu cuma perlu belajar mengawal stress kerana stress tahap kronik akan melemahkan daya ingatan dan kesihatan. Belajar untuk menenangkan diri. Fikir secara positif. Stress yang ditangani secara betul mampu meningkatkan produktiviti. Tarik nafasss… Senyum… :)

Read more…
PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: ”Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

Read more…
Demam Piala Dunia datang lagi! Kali ini dari Afrika Selatan. Kalau cerita tentang persiapan kita, masing-masing mungkin sudah mempunyai jadual lengkap perlawanan (siap tampal kat dinding lagi!). Ada yang begitu bersungguh-sungguh sehinggakan kalau pegawai FIFA tengok, mungkin pegawai FIFA tu hire diorang ni jadi salah seorang jawatan kuasa kerja pengelola World Cup untuk 2014 nanti! Huh!
Baiklah, cakaplah.com sekadar mencari kelainan. Kali ini cakaplah.com akan memaparkan panduan pasukan mana yang mempunyai peluang lebih cerah menjulang Piala Dunia kali ini. Ingin diingatkan di sini, ini adalah sekadar panduan dan diambil dari statistik sumber yang boleh dipercayai. Panduan tetap panduan, jangkaan akan tetap jadi jangkaan kerana bola itu bulat dan statistik tidak bermakna apa-apa setelah wisel permulaan ditiup pengadil!
Berikut ialah senarai pasukan mengikut kumpulan disertakan dengan ranking dunia, kebarangkalian dan sejauh mana pasukan tersebut dijangka memberikan saingan.

Read more…
Beri kami £50m untuk Fabregas
Dalam kesibukan pasukan-pasukan handalan dunia mempersiapkan diri menjelang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, kelab gergasi dari Sepanyol - Barcelona cuba mengintai peluang ‘mencuri’ ayam tambatan Arsenal, Cesc Fabregas untuk dibawa pulang ke Sepanyol bagi menyertai pasukan tersebut musim hadapan. Desas-desus tentang perpindahan pemain tersebut semakin hangat diperkatakan dan Fabregas yang seolah-olah sudah memberi isyarat beliau tidak lagi berminat memburu sebarang kejuaraan bersama Arsenal.
Read more…
6 sukarelawan misi Gaza selamat kembali

Alhamdulillah, 6 sukarelawan Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan kapal Rachel Corrie ke Gaza telah selamat pulang ke tanah air kira-kira jam 7.11 malam semalam. Seperti diduga, misi tersebut tetap gagal menghantar bantuan ke Gaza. Tapi apa yang lebih penting, kesemua mereka selamat pulang tanpa dicederakan atau lebih parah terbunuh dalam misi ini. Semoga Allah membalas jasa baik mereka.
Sudah dijanjikan yang Israel laknatullah tidak sekali-kali akan tunduk pada sesiapapun kecuali kita terlebih dahulu mengikut telunjuk mereka. Akan tetapi ada sesuatu yang dapat pejuang kita usahakan, sekurang-kurangnya membuka mata dunia tentang kezaliman rejim Israel laknatullah ini.
Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara kita di Palestin, kerana doa juga senjata kita sebagai muslimin. Mungkin bantuan kita tidak sampai, tetapi bantuan Allah akan tiba dan itu paling pasti.
Yun: Amin.
Terkini:
Israel laknatullah telah membunuh sekurang-kurang 4 mujahid Palestin di perairan Gaza pagi ini. Kumpulan Al-Aqsa mengesahkan 4 mujahid tersebut ialah ahli unit marin mereka yang berlatih di laut.
Kejadian menyayat hati ini berlaku genap seminggu selepas serangan komando rejim terhadap kapal bantuan Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.
Gaza dikenakan sekatan sejak Hamas memerintah pada 2007.

Yun: Ya Allah, lindungilah Palestin dan saudara kami di sana dari Israel laknatullah.
Rafa Benitez dijangka akan ke Inter kurang 48 jam dari sekarang, lapor SunSport.
Presiden Inter Milan, Massimo Moratti akan ke Sardinia hari ini untuk satu mesyuarat dengan bekas pengendali Liverpool tersebut di hotel percutiannya.
Rafa dikatakan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jose Mourinho yang berpindah ke Real Madrid.

“Semua cerita baik tentang beliau (Rafa). Benitez akan menjadi pengurus baru Inter. Akan diputuskan dalam tempoh terdekat ini. Beliau (Rafa) pernah mengalahkan Jose (Mourinho) 5 kali - satu petanda yang baik.” Massimo Moratti.
“Dia bekerja keras untuk perlawanan penting dan tidak melakukan kesilapan. Ianya penting bagi kami untuk meneruskan yang terbaik di pentas Eropah. Melakukan yang terbaik dalam Liga Juara-Juara memberikan kami kepuasan.” Tambah beliau.
Marcello Lippi pula dikatakan antara bakal pengendali baru skuad Liverpool musim depan.
YUN: Aku tak tau, aku bukan Liverpool Fan pun. Kesian Liverpool fan, hilang lagi sorang pengurus. Tapi sebagai orang luar, aku rasa pengurusan tertinggi tu yang kena ubah polisi atau review budget dulu. Bawak datang la pengurus dari langit pun, tapi kalau pengurusan tertinggi hampeh, result sure hampeh der… Dah banyak contoh… Lu pikir la sendiri… Apa pun, tahniah untuk Inter dan Rafa kalau betul la berita ni. Ada komen? Ha cakaplah!
Hai! Kali ni kita cakap pasal falsafah hidup pulak. Berikut ialah petikan langsung dari sumber di Facebook tentang madah berkenaan hidup dari pandangan Prof. Dr. HAMKA. Jom baca dan sama-sama muhasabah diri kita!

Dengan perjuangan kita dilahirkan. Di dalam gerak tangis kita mulai membuka mata. Di dalam bendungan ibu kita menggerakkan badan melepaskan ikatan bedung. Lepas dari asuhan ibu, kita merangkak, kita ansur tegak dan kita jatuh, lalu kita tegak lagi dan jatuh lagi. Kemudian tegak terus untuk pergi berjuang ke medan permainan, lalu ke medan hidup, lalu ke perjuangan dalam batin kita sendiri, menegakkan yang baik dan melawan yang buruk. Selama hidup kita kerjakan demikian, menjalankan titah perintah Tuhan Yang Maha Esa. Berapa pun yang dapat kita kerjakan, harus kita syukuri. Setiap hari atau masa kita hitunglah laba dan rugi. Sampai kelak datang panggilan.
Panggilan yang tidak dapat ditakhirkan walau satu saat dan tak dapat pula ditaqdimkan walaupun satu saat. Panggilan yang tak dapat dielakkan oleh setiap yang bernyawa. Maka terbukalah pintu kubur. Maknanya pindahlah kita dari hidup fana kepada hidup baqa, dari hidup dunia kepada hidup akhirat. Demikianlah kita menempuh hidup; lahir, berjuang dan akhirnya mati. Betapa juapun kita harus percaya, bahawa kebaikan juga yang menang. Sebab asal-usul kejahatan kita bukan jahat, hanya baik semata. Kalau kejahatan pernah menang, hanyalah lantaran dorongan nafsu. Bila nafsu telah reda, kebaikan jualah yang kita junjung. Sebab itu hendaklah kita percaya hidup penuh dengan Iman dan baik sangka kepada Tuhan. Itulah Falsafah Hidup.
Aku bukan dewa
bukan juga rama-rama, atau buaya
aku bukan dewa
bukan juga penyair dusta, atau puaka
aku manusia
aku juga punya rasa, atau cinta
dan aku manusia, tak mengharap apa-apa selain bahagia
bukan sempurna
-Yun Azhar 2010.
Cakap Bebas, FeaturedMay 17th, 2010Yun

Hah! Tiada sebarang post dalam masa sebulan!
Maaf, itu je yang dapat diucapkan. Pertama kerana kesibukan kerja dan kedua kerana masalah teknikal yang melanda cakaplah.com ni.
Kalau korang perasan, sekitar sebulan yang lepas ada beberapa features yang hilang dari page ni. Alhamdulillah, setelah dilapor ke pihak yang berwajib atas usaha keras Bro Syukri di blog PakarHowTo (memang tak sia-sia pakai nama blog tu!), blog cakaplah.com kembali sihat.
Apa yang berlaku dalam sebulan ni? Hehe. Macam-macam. Nak diluahkan semuanya mungkin tak mampu. Kerja, macam biasalah kalau tak sibuk bukan namanya kerja laa… Masalah peribadi? Biasa, dah nama hidup.
Sepanjang sebulan ni, aku sangat-sangat faham erti ‘cakaplah’.
Aku dah belajar untuk sentiasa bercakap dan meluahkan apa yang dirasa. Jangan disimpan sebab ianya akan sekadar menyakitkan hati sendiri (atau orang lain). Jadi belajarlah untuk meluahkan, dan bercakap jujurlah semaksimum mungkin supaya hati korang lega, hati orang lain pulak tak sakit. Cakaplah apa yang korang suka, supaya (insya Allah) orang tak buat apa yang korang tak suka. Kesimpulannya, jangan biar orang tak tahu apa yang korang rasa, sampai orang lain naik gila sebab korang. Ok la, sebelum kepala korang naik pening dengan apa yang cuba aku sampaikan ni, elok kita tukar cerita.
Cakaplah.com kembali kali ni insya Allah dengan macam-macam cerita setiap hari. Sila la subscribe cakaplah.com untuk membaca entri-entri terbaru cakaplah.com ye!
Selamat membaca!