Dengan nama Allah, aku mulakan blog ni…
Alhamdulillah, entri pertama di Cakaplah.com dah keluar!
Cakaplah.com kali ini, kita akan bercakap tentang cakaplah.com…
Cakaplah.com adalah blog persendirian, akan mengutarakan apa saja topik secara bebas - dan masih - persendirian.
Blog Cakaplah.com ini akan bercakap tentang bola, tentang duit, tentang ilmu, atau lawak jenaka dan apa saja - sebagai bahan bacaan umum terutama untuk kawan-kawan yang sering ‘ponteng siber’ ketika waktu kerja… :) Ye la, aku paham, pasal aku pun kerja… Tension dan stress dengan bebanan kerja kadang-kadang dapat dilegakan dengan aktiviti membaca, dan meng’komen’ secara online!
Kita perlu bercakap, pertama kerana itu adalah salah satu sebab mulut diciptakan Tuhan.
Kita juga perlu bercakap, yang keduanya kerana bercakap itu dapat melegakan hati, melapangkan perasaan yang kadang-kadang ‘kacau’ dek sesuatu yang cuma kita seorang yang tahu.
Kita perlu dan amat digalakkan bercakap, yang ketiganya untuk berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain. “Sharing is caring” kata orang putih. Hari ni kita dengar orang ni cakap tentang bagaimana nak buat blog. Esok mungkin dengan blog ni jugak ada orang boleh cerita tentang minat dia pada kereta terpakai. Dan kalau semua ni dikumpulkan, akan lebih banyak yang kita tahu, kan?
Tapi semuanya mesti ada batas. Kalau minum tawar sangat tak best, manis sangat bahaye… Jadi batasnya percakapan itu ialah dengan akal.
Seperti trend sekarang, asal terima email dari kawan, terus forward. Tak fikir dah benda tu betul ke salah. Kalau bab agama tu, nampak macam bunyi ayat Quran atau hadis je terus forward. Tak dibayangkan ke kalau benda tu salah, atau totally tak betul - rekaan orang yang berniat memesongkan akidah - apa akan jadi? Sebaiknya rujuk dulu dengan yang lebih tahu. Di situlah gunanya akal sebagai panduan mulut nak bercakap. Dalam blog ini, segala entri adalah dari bacaan atau pengalaman aku sendiri. Mana yang patut aku kongsi, akan dikongsikan di sini. Ianya adalah dari pengamatan dan pendapat aku sendiri. Maaf kalau ada darinya kurang tepat pada pandangan korang. Sila tegur kalau ada yang korang rasa tak betul ya! Korang nak cakap apa pun kat sini cakap je laa, tapi aku tak bertanggungjawab kalau korang cakap yang bukan-bukan kat sini! Lantak korang la! :) Tak betul? Haa Cakaplah! dot com! Bukan cakap “dot kom” laa… Cakaplah kat Cakaplah.com! Aah ape-ape aje lah! Cakap je lah ape pun “atau diam selamanya…”




