Archive
Archive for March, 2010

Terpanggil sekali lagi untuk bercakap tentang ‘cakap bohong’. Tetapi kali ini bukan tentang bagaimana mengesan dan meng’kantoi’kan si pembohong sebaliknya tentang teori lemah ‘Lelaki Suka Cakap Bohong’ yang cuba dihujahkan oleh (yang saya rasa) satu golongan makhluk berlawanan jantina dari perkataan pertama subjek kita. - Pening? Haa ambil panadol siap-siap…
Adapun subjek kita pada hari ini ialah ‘Lelaki DAN Cakap Bohong’. Perkataan DAN itu saya bold kan kerana DAN di sini membawa maksud satu kaedah untuk menggabungkan satu unsur yang berlainan - iaitu unsur Lelaki dan (tengok, kan ada ‘dan’ tu) Cakap Bohong. Secara matematiknya bolehlah diandaikan begini ya anak-anak: Lelaki + Cakap Bohong.
Berlawanan dengan teori lemah ‘Lelaki Suka Cakap Bohong’, perkataan suka di sini membawa maksud persamaan pada kedua-dua unsur yang cuba digabungkan menjadi satu sifat yang sama atau dalam matematiknya: Lelaki = Cakap Bohong. Tidak ye murid-murid. Bukan begitu rumusan yang boleh kita simpulkan di sini.

Maka jelaslah bahawasanya kaum lelaki itu tidak dapat sekalipun disamaertikan dengan cakap bohong. Jika seorang lelaki berbohong, ianya tidak boleh dirumuskan secara terus lelaki itu suka berbohong kerana berbohong itu bukan perbuatan kesukaan sesuatu kaum sahaja ya tuan-tuan dan puan yang saya hormati sekelian. Perbuatan berbohong itu mungkin dilakukan juga oleh kaum wanita - dan apakah perlu dirumuskan wanita suka berbohong? Tidak ye anak-anak…
Kesimpulannya di sini, jika lelaki dan wanita bukanlah suka berbohong - habis tu siapa yang suka sangat cakap bohong? Maka jawapan yang sesuai untuk permasalahan ini ialah - orang yang suka bercakap bohong itu sama dengan pembohong. Tidak dipanggil pembohong itu pem’lelaki’ atau pem’wanita’ ya cikgu-cikgu sekelian.
Dan jika lelaki itu tidak suka bercakap bohong, apa yang disukainya? Mengumpul setem? Berbasikal? Renang berirama? Tidak…
Yang disukai oleh kaum lelaki itu ialah PEREMPUAN. Full Stop.
P/S: Mulut penulis didapati berbuih-buih dikhuatiri terkena serangan sawan akibat keterlaluan menghujahkan rumusan pembohongan ini.
Selain keputusan Barclays Premier League, Cakap Bola bakal memuatkan keputusan terkini UEFA Champions League, berita-berita terkini bola sepak antarabangsa dan transfer rumours. Ada pendapat bernas?
Game Week 31 - Results
20 March 2010
Aston Villa 2 - 2 Wolves
Everton 2 - 0 Bolton
Portsmouth 3 - 2 Hull City
Stoke City 1 - 2 Tottenham
Sunderland 3 - 1 Birmingham
Wigan 1 - 0 Burnley
Arsenal 2 - 0 West Ham
21 March 2010
Man Utd 2 - 1 Liverpool
Fulham 1 - 2 Man City
Blackburn 1 - 1 Chelsea
West Ham 1 - 3 Wolves
Aston Villa 1 - 1 Sunderland
Man City 0 - 2 Everton
Portsmouth 0 - 5 Chelsea
Blackburn 2 - 1 Birmingham
+ FA Cup
Tot 3 - 1 Ful
*Game Week 32 - 27 Mar 2010
UEFA Champions League
Quater Final 2010
First Leg
30 March 2010
Lyon vs Bordeaux
Stadium: Stade de Gerland, Lyon (FRA)
Bayern vs Man Utd
Stadium: Fußball Arena München, Munich (GER)
31 March 2010
Arsenal vs Barcelona
Stadium: Arsenal Stadium, London (ENG)
Internazionale vs CSKA Moskva
Stadium: Stadio Giuseppe Meazza, Milan (ITA)
Second Leg
06 April 2010
Barcelona vs Arsenal
Stadium: Camp Nou, Barcelona (ESP)
CSKA Moskva vs Internazionale
Stadium: Luzhniki Stadium, Moscow (RUS)
07 April 2010
Bordeaux vs Lyon
Stadium: Stade Chaban-Delmas, Bordeaux (FRA)
Man Utd vs Bayern
Stadium: Old Trafford, Manchester (ENG)

Cuba lepasi pagar kesusahan korang, dan korang mesti rasa lebih gagah perkasa dari sebelumnya!
![]()
Maksud aku, mesti korang pernah mengalami rasa susah dan perit sangat nak habiskan sesuatu tugasan or projek. Rasa macam nak mengalah pun ada, nak menangis pun ada. Tapi korang terpaksa teruskan jugak sebab korang nak hidup. Korang perlukan nasik untuk dimakan, daging dan ayam untuk sumber protein dan duit tol untuk ke tempat kerja.
Cuba bayangkan bagaimana orang lain yang berjaya boleh melakukannya. Salah satunya, mungkin kerana mereka mencuba dan terus mencuba untuk menghabiskannya tanpa putus asa. Mereka tidak sekadar berfikir - dan berfikir - tetapi mereka memulakan sesuatu dan terus mencuba menghabiskannya walau seperit mana pun.
Pernah korang rasa macam tu? Dan pernah korang berjaya habiskannya? Apa korang rasa? Paling tidak korang tentu akan lebih baik dari sebelumnya. Kalau sebelum ni korang cuma boleh habiskan 2 pinggan nasik, cuba habiskan 3 pinggan - lepas tu setakat makan sepinggan nasik tu ape la sangat kan? :) Kalau sebelumnya korang boleh habiskan 3 pusingan masa joging kat tasik Seksyen 7 Shah Alam, cuba 7 kali pusing pulak tengok apa jadi lepas tu… Setakat kena kejar anjing 2 round tu korang senyum je laa…
Cuba korang apply kat projek korang pulak. Jangan cepat mengalah atau terlalu lama berfikir. Tak salah mencuba dan gagal untuk belajar sesuatu yang lebih baik. Buat dulu, dan cakaplah kat sini apa result dia!












