Home » Cakap Info » Cakap Bohong - Bagaimana Mengesan Penipu
Mar
07

Pesanan dari Cakaplah.com - Jangan Cakap Bohong!

Jangan suka cakap tipu, cakap bohong beb. Kalau kantoi, sendiri susah, sendiri malu - then sendiri mau ingatlah!

Ada beberapa bahasa badan dari si pembohong yang boleh kita kesan - tapi kena berlatih supaya korang tak kantoi masa mengesan si pembohong ni. Bukan apa, kang si pembohong terlepas, korang lak dituduh ’skodeng’ badan dia atas bawah! :)

Apa yang si pembohong buat masa menipu?

1. Perhatikan tangannya.

Biasanya si pembohong tahap amatur ni bila nak start cerita tipu dia tu, dia akan mula pegang-pegang hidung, garu-garu dagu atau buat-buat gatal kepala. Ni standard pembohong tahap tadika je ni. Biasanya diorang sendiri tak sedar apa yang diorang buat masa berbohong.

2. Tapak tangannya.

Cuba ushar apa yang dia buat dengan tangan dia lagi. Biasanya, menjadi naluri manusia normal bila berbohong untuk menyembunyikan tangan mereka dalam poket seluar atau semasa berpeluk tubuh.

3. Perhatikan matanya.

Mata orang yang tengah cari idea nak menipu biasanya liar entah ke mana sebab otaknya tengah ligat (macam biji mata dia jugak) untuk mencari ilham-ilham yang masuk di akal kononnya. Tapi penipu tahap separa berakal sudah pandai mengawal matanya supaya tak terlalu kelihatan menipu. Penipu jenis sebegini akan memandang tepat ke arah mata anda dengan harapan dapat meyakinkan anda dengan segala cakap bohong beliau. Jadi, agak sukar mengesan penipuan sebegini jika si penipu tu dalam kategori expert. Takpe, kita try tengok modus operandi beliau yang lain pulak. Tak semua penipu ni ada diploma dalam bidang penipuan…

4. Pergerakan badan.

Biasanya si pen’cakap bohong’ ni cuba mengeraskan diri beliau sedapat yang mungkin. Setiap pergerakannya dikawalselia dengan sebaik mungkin dan kelihatan janggal daripada biasanya. Kadang-kadang mungkin kelihatan macam Usain Bolt yang tengah standby nak lari pecut (takut kalau-kalau pembohongannya terkantoi!).

5. Topik perbualan.

Pembohong biasanya cenderung menukar topik perbualan mereka supaya tidak terkantoi di tengah jalan. Bagi pembohong yang memiliki ijazah dalam bidang pembohongan, mereka lebih licik menukar topik perbualan sehingga pemilik IQ yang rendah akan mudah terpedaya dan melayan cerita bohong mereka. Jadi hati-hati dengan topik yang anda bualkan. Kalau dah start melalut tu, ada la yang tak kena tu…

6. Tidak menjawab soalan.

Pembohong akan cuba melengah-lengahkan dari memberi jawapan langsung. Mereka akan cuba memutar belitkan cerita, dari Seremban membawak ke Kuantan dan pusing balik ikut Kuala Kangsar.

7. Bersifat defensif.

Mereka yang berbohong sudah ditakdirkan Tuhan untuk merasa bersalah kepada diri sendiri. Mereka akan mula berleter, meninggikan suara atau memanjangkan hujah yang memang entah apa apa entah. Ini dilakukan untuk mengelakkan fokus serangan terhadap dirinya. Mereka akan berceloteh tentang itu dan ini, itu tidak buat, ini tidak ada dan kadang-kadang celotehnya tiada kena mengena langsung dengan kesalahan asalnya.

Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama makan diri!

Sebaiknya, bercakap benar walau sepahit mana pun nescaya anda akan lebih berbahagia…

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

24 Responses to “Cakap Bohong - Bagaimana Mengesan Penipu”

  1. March 11th, 2010 at 16:17 | #1

    baiklah… bukan salahinye puun… aku tidak menipuinye… pun… kan?!

  2. March 11th, 2010 at 13:27 | #2

    Merujuk kpd post Megat, slh 1 lg care mgesan org brckp menipu ialah dgn nada suaranye… lain dari biase… wlaupn kte disini tdak tahu suara nada yun kerna beliau hnya menaip, tetapi, mgikut psikoloignye pun, kte bleh tahu apakah nada yg beliau gunakn…. Lihat permulaan ayat beliau diatas… penggunaan kata “woi” disitu telah memperlihatkn bahawa nada suara beliau lain kerna kte mngenali yun adalh kurg bckap.. pas2 beliau mengexplen tntang siapa itu joe… nada suarnye kembali normal, dan di perenggan akhir beliau skali lagi berubah nada apabila mggunkan perkataan “sedaapp….”
    sekian harap maklu….
    (haha yun kantoi tipu)(btl ke joe nk dtgnye pun???)

  3. March 11th, 2010 at 10:32 | #3

    @Boy woi pakar provokasi, ko jangan nak provok ye… dah la ko tak suke joe, time die datang ko buat2 nak kuar umah, pastu duk dlm kereta, pastu joe gerak balik je ko naik semula… tak baik ko buat joe camtu boy… die tu bekas kapten kite, ko sbg succsessor die jangan la berkelakuan camtu… kecik ati die, dah la die tu pesara…

    dah la begitu, ko kate aku melakukan cubaan menipu pulak tu… aku saman gak kang… malam td die cakap die mungkin akan datang ujung minggu ni… ko mane ade malam tadi, tengah sedaaappp…

  4. March 11th, 2010 at 09:53 | #4

    dibwh post bagaimana mengesan penipu…
    adakah yun menipu yg joe nk dtg???
    hahhaha….

  5. March 10th, 2010 at 22:46 | #5

    kah3… syg betul cik ketumbit tu dgn kau ye… wey, joe ade datang tadi… die kate ujung minggu ni die datang lagi… mai la sini… tai aku takde la, kakak aku kawen…

  6. buyong
    March 10th, 2010 at 20:49 | #6

    aduyaiiii…….mgu lepas aku kene ketumbit kt kelopak bwh…ari ni aku rase semcam jer mate aku…aku cek2 kene ketumbit lagi kt kelopak mate belah atas….fuhhh….mcm ni tiap2 minggu kene ketumbit…mcm tiap2 minggu main bola la…..dh la tu dier dtg skali demam…..hai la ketumbit susah btol kau nk lepaskan aku yer….engkau tiba…….bagaikan pelangi ……tak bercahaya…..namun tak berseri…tapi cukup menghiburkan hati ini…….tiutitutiu…..ptuihhh.,..porahhhhhh!!!!!….

  7. March 10th, 2010 at 00:36 | #7

    @boy ape2 je la boy…

  8. March 10th, 2010 at 00:27 | #8

    @buyong ish, cerita idup ko ni yong buat aku takut nak sambung blaja… kalau ade jual aku pegi beli dah degree tu kat petaling street… senang sket kan…

  9. buyong
    March 9th, 2010 at 18:58 | #9

    bosan giler arggghhhh….sumer benda tak settle2 lg ni,…kalau aku penendang laptop ni kang ape pn tak dapat….abis sumer keje aku…then padan muke aku balik….

  10. March 9th, 2010 at 10:48 | #10

    hahah.. xpe, owner leh je.. kteorg ni VVIP je xleh wt.. hahah…

  11. March 9th, 2010 at 08:54 | #11

    boy, bile aku cakap sampah? mane ade! (sambil mate terkedip2 mempraktikkan helah tipu daya peringkat maharaja dewataraya…) sebenarnye boleh cakap sampah kat sini, tapi jenis sampah yang leh recycle laa… kalau jenis bahan buangan bertoksik tak boleh…

  12. March 9th, 2010 at 08:35 | #12

    ah yun.. ko ckp smpah leh kn… ha aku leh bygkn ble yung ckp bohong.. idung die kembang kecut cm yun ckp… btl2.. itu adalah btl… haha..

  13. March 9th, 2010 at 00:11 | #13

    bagus! takde bau sampah di situ… tq! haha!

  14. megatz
    March 8th, 2010 at 23:40 | #14

    dah agak dah mesti kena warning punyer..heheh..satu lagi nk kesan org penipu..nada suaranya..lain dari biasa..terlampau banyak errr..ermmm…lebih kurang ar…

  15. March 8th, 2010 at 23:35 | #15

    tak boleh! kat sini kena cakap elok2… kena berbudi bahasa… kalau tak, aku sumpah ko jadi lori sampah selama 3 thn tanpa henti… then ko punggah la segale sampah yg bakal aku kluarkan…

  16. megatz
    March 8th, 2010 at 23:12 | #16

    kalu kat sini aku CAKAP SAMPAH ble ker..agak2 kena belasah tak..???

  17. March 8th, 2010 at 21:13 | #17

    hahaha! kalau buyong cakap die ada gefren kat dak kecik pun dak kecik tak caye!!! kah3! gurau je bro! tapi betul, kau bercakap betul… tak susah nak kenal pembohongan ko… tengok idung ko kembang kecut tu, maknenye ko tipu la tu…. kat sini aku tak nampak ko idung ko kembang kecut, maknenye betul la ko ade gefren tu ye yong? betul yong? hahahaha!

  18. buyong
    March 8th, 2010 at 21:02 | #18

    okay2 kalau korang terer…aku cakap….sebenarnyer….aku ada gefrenn….hah…aku ckp bohong ke btol….kehkehkeh…..anda tak tanye anda tak menang…..

  19. March 8th, 2010 at 19:00 | #19

    iye daaa…

  20. March 8th, 2010 at 16:48 | #20

    haha.. btl2… itu adalah btl… sbnrnye Pakcik Haris tu Water Boy la….

  21. March 8th, 2010 at 16:13 | #21

    kau ni aku tepuk gak dahinye kang… betulkan dulu soklan ko tu… kau bercakap ke kau menulis? cuba jawab dulu….

    aku bercakap pasal org yg bercakap bohong, bukan menulis pembohongan…

    Dan setiap pembohongan secara bertulis hanya boleh dikesan dari fakta penulisannya, bukan dari bahasa badannya. Fakta pula perlulah didahului dengan bukti-bukti kajian dan statistik terdahulu.

    Siapa tau pakcik haris tu memang pemain bola sepak selangor tahun 1973? Atau sebenarnya pakcik haris tu adalah sebijik bola mase tahun 1973? Atau pada 1973, bola sepak berjenama Pakcik Haris sangat popular di negeri Selangor? Ha cuba kau jawab pulak tak kurang dari 300 patah perkataan…

  22. March 8th, 2010 at 15:52 | #22

    ok… cmne kalo kte nk kesan org tu bckap bohong.. tp die x bckap, tp menulis.. contoh cm aku tpu ko kt komen ni… cmne???
    pakcik haris tu sebnarnye pemain bola sepak selangor thun 1973… cmne der???

  23. March 8th, 2010 at 15:28 | #23

    jangaaan… kan aku dah pesan jangan cakap bohongg…

  24. March 8th, 2010 at 10:00 | #24

    Haha… aku ase aku leh master in lying.. ngeh2.. pas2 leh wt improvement when i lying.. hooho.. tp tu la.. ade beberape tips aku da expert..ngeh2.. so nnt kt umh aku praktik ngan ko yun.. hahaha…

Add reply