Home » Cakap Sampah » Daya Kerja bahagi Daya Bumi
Mar
10

68f36b417a6b85c143612febd81cbd5d1

Kerja secara matematiknya ialah pengamiran daya di atas jarak tertentu, manakala jika daya tersebut terletak di bawah jarak tertentu, daya tersebut digelar Daya Bumi.

Bangunan Daya Bumi yang terletak di Kuala Lumpur tidak menjadi tumpuan orang untuk mencari kerja kerana mereka lebih suka berkerja di bahagian barat daya ibu kota tersebut.

Arah barat daya pula tidak mempunyai kaitan langsung dengan jarak, daya dan kerja secara fizik kerana barat daya lebih tertumpu kepada ilmu kaji bumi. Ilmu kaji bumi pula tidak boleh didapati dengan mudah di bangunan Daya Bumi.

Sungguhpun bumi mempunyai dayanya yang tersendiri, namun tiada rekod dalam sebarang kajian menunjukkan bangunan Daya Bumi dibina oleh Encik Poonanda Boomi, seorang yang berdaya saing dalam perniagaan arang batu di kampungnya.

Ini bersesuaian dengan pepatah Melayu lama ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Kerja menjunjung langit sebegini amat jarang dilakukan terutama oleh orang-orang Melayu dahulu kala, apatah lagi oleh Encik Poonanda Boomi sendiri.

Kesimpulannya, di mana pun kita berkerja, berkerjalah dengan penuh daya usaha kerana secara teorinya dengan berkerja kita dapat mengubah sesuatu - mungkin mengubah nasib sendiri, atau mengubah nasib peruncit di Labis atau juga menggubah lagu bertajuk Inilah Nasibku dendangan kumpulan rappers terkenal 90-an iaitu kumpulan Nico.

Sekian berita terkini, salam hormat.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,

Add reply