Archive

Archive for the ‘Cakap Info’ Category

Jun
11

10 Teknik Tingkatkan Daya Ingatan

1.  Yakin dengan kebolehan sendiri.

Kamu perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kamu mempunyai daya ingatan yang baik.  Jauhkan fikiran negatif seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau ’saya susah mengingati nama orang’.  Padamkan fikiran sebegini dan berjanjilah untuk meningkatkan daya ingatanmu. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri.

2.  Latih otak.

Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatanmu.  Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru.  Kamu boleh mencuba belajar kemahiran menaip atau bermain alat muzik yang baru.  Cabar minda kamu dengan bermain kuiz atau sudoku.  Sedikit sebanyak otak kamu akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.

3.  Kurangkan stress.

Stress tidak akan hilang.  

Read more…

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

Jun
09

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman.  Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.  Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.  Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1.  Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  ”Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:  “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

1

Read more…

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , , , ,

Jun
08

Demam Piala Dunia datang lagi!  Kali ini dari Afrika Selatan.  Kalau cerita tentang persiapan kita, masing-masing mungkin sudah mempunyai jadual lengkap perlawanan (siap tampal kat dinding lagi!).  Ada yang begitu bersungguh-sungguh sehinggakan kalau pegawai FIFA tengok, mungkin pegawai FIFA tu hire diorang ni jadi salah seorang jawatan kuasa kerja pengelola World Cup untuk 2014 nanti!  Huh!

Baiklah, cakaplah.com sekadar mencari kelainan.  Kali ini cakaplah.com akan memaparkan panduan pasukan mana yang mempunyai peluang lebih cerah menjulang Piala Dunia kali ini.  Ingin diingatkan di sini, ini adalah sekadar panduan dan diambil dari statistik sumber yang boleh dipercayai.  Panduan tetap panduan, jangkaan akan tetap jadi jangkaan kerana bola itu bulat dan statistik tidak bermakna apa-apa setelah wisel permulaan ditiup pengadil!

Berikut ialah senarai pasukan mengikut kumpulan disertakan dengan ranking dunia, kebarangkalian dan sejauh mana pasukan tersebut dijangka memberikan saingan.

a1

Read more…

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Jun
08

Beri kami £50m untuk Fabregas

Dalam kesibukan pasukan-pasukan handalan dunia mempersiapkan diri menjelang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, kelab gergasi dari Sepanyol - Barcelona cuba mengintai peluang ‘mencuri’ ayam tambatan Arsenal, Cesc Fabregas untuk dibawa pulang ke Sepanyol bagi menyertai pasukan tersebut musim hadapan. Desas-desus tentang perpindahan pemain tersebut semakin hangat diperkatakan dan Fabregas yang seolah-olah sudah memberi isyarat beliau tidak lagi berminat memburu sebarang kejuaraan bersama Arsenal.

Read more…

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , ,

Jun
08

6 sukarelawan misi Gaza selamat kembali

Alhamdulillah, 6 sukarelawan Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan kapal Rachel Corrie ke Gaza telah selamat pulang ke tanah air kira-kira jam 7.11 malam semalam.  Seperti diduga, misi tersebut tetap gagal menghantar bantuan ke Gaza.  Tapi apa yang lebih penting, kesemua mereka selamat pulang tanpa dicederakan atau lebih parah terbunuh dalam misi ini.  Semoga Allah membalas jasa baik mereka.

Sudah dijanjikan yang Israel laknatullah tidak sekali-kali akan tunduk pada sesiapapun kecuali kita terlebih dahulu mengikut telunjuk mereka.  Akan tetapi ada sesuatu yang dapat pejuang kita usahakan, sekurang-kurangnya membuka mata dunia tentang kezaliman rejim Israel laknatullah ini.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara kita di Palestin, kerana doa juga senjata kita sebagai muslimin.  Mungkin bantuan kita tidak sampai, tetapi bantuan Allah akan tiba dan itu paling pasti.

 

Yun:  Amin.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , , , ,

Jun
07

Rafa Benitez dijangka akan ke Inter kurang 48 jam dari sekarang, lapor SunSport.

Presiden Inter Milan, Massimo Moratti akan ke Sardinia hari ini untuk satu mesyuarat dengan bekas pengendali Liverpool tersebut di hotel percutiannya.

Rafa dikatakan bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Jose Mourinho yang berpindah ke Real Madrid.

rafa

“Semua cerita baik tentang beliau (Rafa).  Benitez akan menjadi pengurus baru Inter.  Akan diputuskan dalam tempoh terdekat ini.  Beliau (Rafa) pernah mengalahkan Jose (Mourinho) 5 kali - satu petanda yang baik.” Massimo Moratti.

“Dia bekerja keras untuk perlawanan penting dan tidak melakukan kesilapan. Ianya penting bagi kami untuk meneruskan yang terbaik di pentas Eropah. Melakukan yang terbaik dalam Liga Juara-Juara memberikan kami kepuasan.” Tambah beliau.

Marcello Lippi pula dikatakan antara bakal pengendali baru skuad Liverpool musim depan.

YUN: Aku tak tau, aku bukan Liverpool Fan pun. Kesian Liverpool fan, hilang lagi sorang pengurus.  Tapi sebagai orang luar, aku rasa pengurusan tertinggi tu yang kena ubah polisi atau review budget dulu. Bawak datang la pengurus dari langit pun, tapi kalau pengurusan tertinggi hampeh, result sure hampeh der… Dah banyak contoh… Lu pikir la sendiri…  Apa pun, tahniah untuk Inter dan Rafa kalau betul la berita ni.  Ada komen? Ha cakaplah! :)

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , ,

Apr
15

logo design

Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd. (Kilang Batu Tiga Shah Alam) sekali lagi akan menganjurkan karnival jualan amal bagi tahun 2010 pada 15 Mei ini (Sabtu) bermula seawal jam 6 pagi dan dijangka berakhir sekitar jam 3 petang di kilangnya yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam.

Pelbagai aktiviti dirancang pada karnival kali ini antaranya jualan produk Nestle dengan harga yang berpatutan, promosi syarikat-syarikat luar, jualan makanan dan pakaian serta banyak lagi.  Turut ditawarkan permainan menarik serta karaoke untuk hiburan pengunjung.

Untuk makluman, aktiviti-aktiviti jual beli pada karnival ini mesti menggunakan kupon yang boleh didapati di kaunter kupon yang disediakan pada hari tersebut.  Pembelian melalui wang tunai adalah tidak dibenarkan sama sekali.  Setiap pembelian kupon bernilai RM20 dan ke atas melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah.  Hasil jualan akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Kilang Nestle Batu Tiga dan akan didermakan kepada yang memerlukan.  Sumbangan dan penyertaan anda amat dialu-alukan bagi membantu usaha murni ini.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, Nestle Batu Tiga merancang untuk membuka booth jualan produknya (Maggi) kali ini dengan skala lebih besar di samping penyertaan syarikat-syarikat luar seperti CIMB dan Maybank.  Selain itu, pernyertaan gerai-gerai jualan untuk pengusaha kecil-kecilan turut ditawarkan kepada individu-individu yang berminat.  Setakat ini masih terdapat kira-kira 14 booth yang masih belum didaftarkan.  Untuk info berkenaan booth jualan sila hubungi Puan Noormala di talian 03-55225808 dan tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2010.

Alamat:

Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd.,
Batu Tiga Factory (Gate 4),
Jalan Playar 15/1 Seksyen 15,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Klik untuk lihat peta

Jemputlah keluarga dan sahabat andai untuk menyertai jualan amal ini!

Berbelanja.Berhibur.Beramal

 

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , ,

Apr
09

Terima kasih…

Ianya cuma dua patah perkataan.  Maknanya cukup besar.  Percuma untuk yang memberi dan tak perlu membayar kepada yang menerima.  Dengannya seorang ibu menangis terharu, seorang anak tersenyum lebar, seorang pelajar berazam dan bercita-cita besar, seorang pekerja menjadi bertambah rajin tak tentu pasal…

Budayakan ucapan terima kasih kepada semua orang.  Kepada Tuhan lebih-lebih lagi laa… Kepada ibu bapa atas segala yang tak mungkin terbalas.  Kepada keluarga atas sokongan.  Kepada rakan kerana kepercayaan.  Kepada suami tanda gembira.  Kepada isteri tanda kasih dan sayang.  Kepada bos lepas naik gaji, kepada pekerja lepas dapat report.  Kepada semua orang yang ada di sekeliling tanda berbudi bahasa.

Tambahkan dengan bonus senyuman manis korang tu dan pasti semua orang senang dan selesa.  Kalau korang tengah tension sekalipun, belajar-belajarlah berterima kasih kalau ada yang tolong ambilkan kertas di printer, setidak-tidaknya sejuk sikit hati kawan tu.  Bukan kena bayar pun, tak tau la pulak kalau korang ni terlalu berkira walaupun sekadar dua patah kata…

Berterima kasih mengajar kita erti bersyukur dengan apa yang kita ada.  Kita pun biasa dengar, “Orang memberi kita merasa.  Orang berbudi kita berbahasa“.  Cukup cantik kata-kata orang tua dahulu mengingatkan kita tentang adat dan budi bahasa.  Jadi berterima kasihlah selalu.  Semoga kita dipermudahkan urusan dan dipermurahkan rezeki.

Err…  Terima kasih kerana membaca… :)

Share/Save/Bookmark

Apr
09

Pelik dengan tajuk entri hari ni?

Aku terbaca satu artikel dalam surat khabar orang putih beberapa hari lepas yang isinya berkisar tentang kecenderungan sesetengah golongan untuk kerap menghadiri temuduga, seolah-olah telah menjadi ‘hobi’ atau kecanduan bagi mereka.

Jangan salah faham.  Aku tidak merumuskan yang menghadiri temuduga itu salah.  Kita wajar menghadiri temuduga dan amat perlu pula untuk memahami mengapa kita menghadirinya.  Jika tujuannya untuk mencari punca rezeki yang lebih baik, dipersilakan.  Jika untuk mencari pengalaman menghadiri temuduga, juga dipersilakan.  Tapi janganlah hendaknya sesekali kita fikir bahawa dengan kejayaan kita menghadapi temuduga tersebut menjadikan kita sangat yakin bahawa diri kita ‘laku’ di mana-mana sahaja.  Atau dengan kata mudahnya “alah, kalau aku dah bosan dengan kerja ni nanti, aku boleh cari kerja lain.  Mesti dapat punya…”  Dan di sinilah bermulanya kesilapan demi kesilapan dalam mencari pekerjaan paling sesuai.  Hasil daripadanya, akan terjadilah ‘acara lompat melompat secara berganti-ganti’ dari satu company ke satu company lain.

Apa yang kita perlu faham di sini ialah ianya bukan tentang apa kerja yang mampu kita dapatkan, tetapi tentang apa kerja yang mampu kita laksanakan nanti.

It is not about how to get the job, but how to do that job!

Seronokkah kita dengan persekitaran kerjanya, orang sekeliling, gaji atau faedah-faedah yang ditawarkan berbanding tempat kerja lama.  Dan mampukah kerjaya kita berkembang di tempat baru nanti?

Perlu juga kita fikirkan, daripada kita sibuk-sibuk touch up dan ‘goreng’ kita punya resume, lepas tu  sibuk pulak mengkaji soalan-soalan yang mungkin akan ditanya, ditambah dengan aktiviti memilih warna baju apa yang paling sesuai - kan lebih elok kalau kita gunakan masa dan usaha tu untuk memperbaiki pencapaian dan kualiti kerja yang sedia ada.  Ye lah, bukan apa…  Takut korang keluar mulut rimau masuk mulut naga je…  Kalau dirasakan kerja baru tu lebih baik, pergi je lah.  Tapi kalau sekadar untuk mencuba-cuba, baik korang fikir 17 kali 2.

Lagi satu, dan yang paling penting - kesian la kat orang HR macam aku yang takde kena mengena dengan pencapaian dan prestasi korang pun - tapi terpaksa lintang pukang kerja siang malam semata-mata nak daftar orang baru yang tak tau entah berapa  bulan je akan berkerja kemudian sesuka hati berhenti atau cabut lari!

Nasib baik la bos aku pernah cakap…

Kalau takde lagi orang nak berhenti kerja, takde la kerja untuk kau lagi…  Kalau dah takde kerja untuk kau lagi, kau je lah yang berhenti kerja…

…err terima kasih je lah bos!

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

Mar
29

motivational_posters_30

Share/Save/Bookmark

, , ,