Archive

Archive for the ‘Cakap Sampah’ Category

Mar
23

Terpanggil sekali lagi untuk bercakap tentang ‘cakap bohong’.  Tetapi kali ini bukan tentang bagaimana mengesan dan meng’kantoi’kan si pembohong sebaliknya tentang teori lemah ‘Lelaki Suka Cakap Bohong’ yang cuba dihujahkan oleh (yang saya rasa) satu golongan makhluk berlawanan jantina dari perkataan pertama subjek kita.  - Pening?  Haa ambil panadol siap-siap…

Adapun subjek kita pada hari ini ialah ‘Lelaki DAN Cakap Bohong’.  Perkataan DAN itu saya bold kan kerana DAN di sini membawa maksud satu kaedah untuk menggabungkan satu unsur yang berlainan - iaitu unsur Lelaki dan (tengok, kan ada ‘dan’ tu) Cakap Bohong.  Secara matematiknya bolehlah diandaikan begini ya anak-anak:  Lelaki + Cakap Bohong.

Berlawanan dengan teori lemah ‘Lelaki Suka Cakap Bohong’, perkataan suka di sini membawa maksud persamaan pada kedua-dua unsur yang cuba digabungkan menjadi satu sifat yang sama atau dalam matematiknya:  Lelaki = Cakap Bohong.  Tidak ye murid-murid.  Bukan begitu rumusan yang boleh kita simpulkan di sini.

Maka jelaslah bahawasanya kaum lelaki itu tidak dapat sekalipun disamaertikan dengan cakap bohong.  Jika seorang lelaki berbohong, ianya tidak boleh dirumuskan secara terus lelaki itu suka berbohong kerana berbohong itu bukan perbuatan kesukaan sesuatu kaum sahaja ya tuan-tuan dan puan yang saya hormati sekelian.  Perbuatan berbohong itu mungkin dilakukan juga oleh kaum wanita - dan apakah perlu dirumuskan wanita suka berbohong?  Tidak ye anak-anak…

Kesimpulannya di sini, jika lelaki dan wanita bukanlah suka berbohong - habis tu siapa yang suka sangat cakap bohong?  Maka jawapan yang sesuai untuk permasalahan ini ialah - orang yang suka bercakap bohong itu sama dengan pembohong.  Tidak dipanggil pembohong itu pem’lelaki’ atau pem’wanita’ ya cikgu-cikgu sekelian.

Dan jika lelaki itu tidak suka bercakap bohong, apa yang disukainya?  Mengumpul setem?  Berbasikal?  Renang berirama?  Tidak…

Yang disukai oleh kaum lelaki itu ialah PEREMPUAN.  Full Stop.

P/S:  Mulut penulis didapati berbuih-buih dikhuatiri terkena serangan sawan akibat keterlaluan menghujahkan rumusan pembohongan ini.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , ,

Mar
10

68f36b417a6b85c143612febd81cbd5d1

Kerja secara matematiknya ialah pengamiran daya di atas jarak tertentu, manakala jika daya tersebut terletak di bawah jarak tertentu, daya tersebut digelar Daya Bumi.

Bangunan Daya Bumi yang terletak di Kuala Lumpur tidak menjadi tumpuan orang untuk mencari kerja kerana mereka lebih suka berkerja di bahagian barat daya ibu kota tersebut.

Arah barat daya pula tidak mempunyai kaitan langsung dengan jarak, daya dan kerja secara fizik kerana barat daya lebih tertumpu kepada ilmu kaji bumi. Ilmu kaji bumi pula tidak boleh didapati dengan mudah di bangunan Daya Bumi.

Sungguhpun bumi mempunyai dayanya yang tersendiri, namun tiada rekod dalam sebarang kajian menunjukkan bangunan Daya Bumi dibina oleh Encik Poonanda Boomi, seorang yang berdaya saing dalam perniagaan arang batu di kampungnya.

Ini bersesuaian dengan pepatah Melayu lama ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Kerja menjunjung langit sebegini amat jarang dilakukan terutama oleh orang-orang Melayu dahulu kala, apatah lagi oleh Encik Poonanda Boomi sendiri.

Kesimpulannya, di mana pun kita berkerja, berkerjalah dengan penuh daya usaha kerana secara teorinya dengan berkerja kita dapat mengubah sesuatu - mungkin mengubah nasib sendiri, atau mengubah nasib peruncit di Labis atau juga menggubah lagu bertajuk Inilah Nasibku dendangan kumpulan rappers terkenal 90-an iaitu kumpulan Nico.

Sekian berita terkini, salam hormat.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,

Mar
05

Cakap sampah?!  Apa buruk sangat bunyinya?

Sebenarnya cakap sampah adalah salah satu bahasa moden seperti juga Hyper Text Markup Language (HTML) dalam bidang perkomputeran (ha ni dah start cakap sampah la ni, ni contoh dia yang sangat bergeliga la ni…)

Tahukah korang bercakap sampah yang merapu ntah ape-ape ntah tu elok untuk pertumbuhan semula sel-sel otak sebelah kanan korang yang lantas menerbitkan kreativiti dan daya imaginasi yang baik untuk korang mula belajar ‘kencing’ orang, menjawab kat bos korang bila sekali-sekala korang datang lambat ke tempat kerja atau bila tiba-tiba isteri korang menemui kesan lipstik kat kolar baju korang!  :)

Dan lebih dari itu, cakap sampah mampu melegakan kepala dan otak korang pasal sebaik sahaja semua sampah tu dapat dikeluarkan melalui mulut, korang akan rasa sedikit lega.  Cuba dengan latihan berikut:

1.  Waktu korang baca komen ni, cuba korang letak jari telunjuk kanan kat tepi bibir kanan dan jari telunjuk kiri kat sebelah bibir kiri.  Cuba semburkan angin melalui mulut korang.  Ini untuk melatih supaya lebih banyak sampah dapat dikeluarkan dari mulut korang.

2.  Kemudian, cuba tengok sebelah kanan-kiri dan belakang.  Kot-kot ada yang tengah tengok korang buat latihan ni.

3.  Ok-ok, kalau diorang tengok korang dan tiada tindak balas bermakna korang selamat.  Kalau ada marker melayang dari meja bos korang, korang hentikan latihan ni secepat mungkin atau bersedia menjawab surat tunjuk sebab atas perlakuan tidak berakal korang tu.

4.  Seterusnya, cuba korang sebut ‘aaaaaa’ kuat-kuat…  Er kalau ada lagi marker pen (kali ni masuk mulut pulak!), elok korang rilek dulu dari baca blog ni dan sambung buat kerja ya! :)

Kita sambung Cakap Sampah dalam keluaran akan datang pulak la!  Dah banyak sangat sampah yang nak keluar dari otak aku ni.  Kang Majlis Bandaran datang kena saman lak!  Chow!

Share/Save/Bookmark

, , , ,