Archive

Posts Tagged ‘Cakap Bohong’

Mar
23

Terpanggil sekali lagi untuk bercakap tentang ‘cakap bohong’.  Tetapi kali ini bukan tentang bagaimana mengesan dan meng’kantoi’kan si pembohong sebaliknya tentang teori lemah ‘Lelaki Suka Cakap Bohong’ yang cuba dihujahkan oleh (yang saya rasa) satu golongan makhluk berlawanan jantina dari perkataan pertama subjek kita.  - Pening?  Haa ambil panadol siap-siap…

Adapun subjek kita pada hari ini ialah ‘Lelaki DAN Cakap Bohong’.  Perkataan DAN itu saya bold kan kerana DAN di sini membawa maksud satu kaedah untuk menggabungkan satu unsur yang berlainan - iaitu unsur Lelaki dan (tengok, kan ada ‘dan’ tu) Cakap Bohong.  Secara matematiknya bolehlah diandaikan begini ya anak-anak:  Lelaki + Cakap Bohong.

Berlawanan dengan teori lemah ‘Lelaki Suka Cakap Bohong’, perkataan suka di sini membawa maksud persamaan pada kedua-dua unsur yang cuba digabungkan menjadi satu sifat yang sama atau dalam matematiknya:  Lelaki = Cakap Bohong.  Tidak ye murid-murid.  Bukan begitu rumusan yang boleh kita simpulkan di sini.

Maka jelaslah bahawasanya kaum lelaki itu tidak dapat sekalipun disamaertikan dengan cakap bohong.  Jika seorang lelaki berbohong, ianya tidak boleh dirumuskan secara terus lelaki itu suka berbohong kerana berbohong itu bukan perbuatan kesukaan sesuatu kaum sahaja ya tuan-tuan dan puan yang saya hormati sekelian.  Perbuatan berbohong itu mungkin dilakukan juga oleh kaum wanita - dan apakah perlu dirumuskan wanita suka berbohong?  Tidak ye anak-anak…

Kesimpulannya di sini, jika lelaki dan wanita bukanlah suka berbohong - habis tu siapa yang suka sangat cakap bohong?  Maka jawapan yang sesuai untuk permasalahan ini ialah - orang yang suka bercakap bohong itu sama dengan pembohong.  Tidak dipanggil pembohong itu pem’lelaki’ atau pem’wanita’ ya cikgu-cikgu sekelian.

Dan jika lelaki itu tidak suka bercakap bohong, apa yang disukainya?  Mengumpul setem?  Berbasikal?  Renang berirama?  Tidak…

Yang disukai oleh kaum lelaki itu ialah PEREMPUAN.  Full Stop.

P/S:  Mulut penulis didapati berbuih-buih dikhuatiri terkena serangan sawan akibat keterlaluan menghujahkan rumusan pembohongan ini.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , ,

Mar
07

Pesanan dari Cakaplah.com - Jangan Cakap Bohong!

Jangan suka cakap tipu, cakap bohong beb. Kalau kantoi, sendiri susah, sendiri malu - then sendiri mau ingatlah!

Ada beberapa bahasa badan dari si pembohong yang boleh kita kesan - tapi kena berlatih supaya korang tak kantoi masa mengesan si pembohong ni. Bukan apa, kang si pembohong terlepas, korang lak dituduh ’skodeng’ badan dia atas bawah! :)

Apa yang si pembohong buat masa menipu?

1. Perhatikan tangannya.

Biasanya si pembohong tahap amatur ni bila nak start cerita tipu dia tu, dia akan mula pegang-pegang hidung, garu-garu dagu atau buat-buat gatal kepala. Ni standard pembohong tahap tadika je ni. Biasanya diorang sendiri tak sedar apa yang diorang buat masa berbohong.

2. Tapak tangannya.

Cuba ushar apa yang dia buat dengan tangan dia lagi. Biasanya, menjadi naluri manusia normal bila berbohong untuk menyembunyikan tangan mereka dalam poket seluar atau semasa berpeluk tubuh.

3. Perhatikan matanya.

Mata orang yang tengah cari idea nak menipu biasanya liar entah ke mana sebab otaknya tengah ligat (macam biji mata dia jugak) untuk mencari ilham-ilham yang masuk di akal kononnya. Tapi penipu tahap separa berakal sudah pandai mengawal matanya supaya tak terlalu kelihatan menipu. Penipu jenis sebegini akan memandang tepat ke arah mata anda dengan harapan dapat meyakinkan anda dengan segala cakap bohong beliau. Jadi, agak sukar mengesan penipuan sebegini jika si penipu tu dalam kategori expert. Takpe, kita try tengok modus operandi beliau yang lain pulak. Tak semua penipu ni ada diploma dalam bidang penipuan…

4. Pergerakan badan.

Biasanya si pen’cakap bohong’ ni cuba mengeraskan diri beliau sedapat yang mungkin. Setiap pergerakannya dikawalselia dengan sebaik mungkin dan kelihatan janggal daripada biasanya. Kadang-kadang mungkin kelihatan macam Usain Bolt yang tengah standby nak lari pecut (takut kalau-kalau pembohongannya terkantoi!).

5. Topik perbualan.

Pembohong biasanya cenderung menukar topik perbualan mereka supaya tidak terkantoi di tengah jalan. Bagi pembohong yang memiliki ijazah dalam bidang pembohongan, mereka lebih licik menukar topik perbualan sehingga pemilik IQ yang rendah akan mudah terpedaya dan melayan cerita bohong mereka. Jadi hati-hati dengan topik yang anda bualkan. Kalau dah start melalut tu, ada la yang tak kena tu…

6. Tidak menjawab soalan.

Pembohong akan cuba melengah-lengahkan dari memberi jawapan langsung. Mereka akan cuba memutar belitkan cerita, dari Seremban membawak ke Kuantan dan pusing balik ikut Kuala Kangsar.

7. Bersifat defensif.

Mereka yang berbohong sudah ditakdirkan Tuhan untuk merasa bersalah kepada diri sendiri. Mereka akan mula berleter, meninggikan suara atau memanjangkan hujah yang memang entah apa apa entah. Ini dilakukan untuk mengelakkan fokus serangan terhadap dirinya. Mereka akan berceloteh tentang itu dan ini, itu tidak buat, ini tidak ada dan kadang-kadang celotehnya tiada kena mengena langsung dengan kesalahan asalnya.

Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Lama-lama makan diri!

Sebaiknya, bercakap benar walau sepahit mana pun nescaya anda akan lebih berbahagia…

Share/Save/Bookmark

, , , , ,