Archive

Posts Tagged ‘daya’

Jun
11

10 Teknik Tingkatkan Daya Ingatan

1.  Yakin dengan kebolehan sendiri.

Kamu perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kamu mempunyai daya ingatan yang baik.  Jauhkan fikiran negatif seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau ’saya susah mengingati nama orang’.  Padamkan fikiran sebegini dan berjanjilah untuk meningkatkan daya ingatanmu. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri.

2.  Latih otak.

Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatanmu.  Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru.  Kamu boleh mencuba belajar kemahiran menaip atau bermain alat muzik yang baru.  Cabar minda kamu dengan bermain kuiz atau sudoku.  Sedikit sebanyak otak kamu akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.

3.  Kurangkan stress.

Stress tidak akan hilang.  

Read more…

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

Mar
10

68f36b417a6b85c143612febd81cbd5d1

Kerja secara matematiknya ialah pengamiran daya di atas jarak tertentu, manakala jika daya tersebut terletak di bawah jarak tertentu, daya tersebut digelar Daya Bumi.

Bangunan Daya Bumi yang terletak di Kuala Lumpur tidak menjadi tumpuan orang untuk mencari kerja kerana mereka lebih suka berkerja di bahagian barat daya ibu kota tersebut.

Arah barat daya pula tidak mempunyai kaitan langsung dengan jarak, daya dan kerja secara fizik kerana barat daya lebih tertumpu kepada ilmu kaji bumi. Ilmu kaji bumi pula tidak boleh didapati dengan mudah di bangunan Daya Bumi.

Sungguhpun bumi mempunyai dayanya yang tersendiri, namun tiada rekod dalam sebarang kajian menunjukkan bangunan Daya Bumi dibina oleh Encik Poonanda Boomi, seorang yang berdaya saing dalam perniagaan arang batu di kampungnya.

Ini bersesuaian dengan pepatah Melayu lama ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Kerja menjunjung langit sebegini amat jarang dilakukan terutama oleh orang-orang Melayu dahulu kala, apatah lagi oleh Encik Poonanda Boomi sendiri.

Kesimpulannya, di mana pun kita berkerja, berkerjalah dengan penuh daya usaha kerana secara teorinya dengan berkerja kita dapat mengubah sesuatu - mungkin mengubah nasib sendiri, atau mengubah nasib peruncit di Labis atau juga menggubah lagu bertajuk Inilah Nasibku dendangan kumpulan rappers terkenal 90-an iaitu kumpulan Nico.

Sekian berita terkini, salam hormat.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,