Archive

Posts Tagged ‘Dengan Nama Allah’

Jun
11

ruang-iklan-percuma-728-x-90

10 Teknik Tingkatkan Daya Ingatan

1.  Yakin dengan kebolehan sendiri.

Kamu perlu yakin dengan diri sendiri bahawa kamu mempunyai daya ingatan yang baik.  Jauhkan fikiran negatif seperti ‘nombor bukan untuk saya’ atau ’saya susah mengingati nama orang’.  Padamkan fikiran sebegini dan berjanjilah untuk meningkatkan daya ingatanmu. Ramai yang gagal untuk belajar meningkatkan memori kerana mereka gagal pada peringkat awal untuk berasa yakin dengan diri sendiri.

2.  Latih otak.

Latihan yang berulang dan konsisten mampu membina daya ingatanmu.  Mulakan dengan latihan mudah seperti membaca, diikuti dengan latihan yang lebih kompleks seperti belajar kemahiran-kemahiran baru.  Kamu boleh mencuba belajar kemahiran menaip atau bermain alat muzik yang baru.  Cabar minda kamu dengan bermain kuiz atau sudoku.  Sedikit sebanyak otak kamu akan mula aktif dan berfungsi secara teratur dan kreatif.

3.  Kurangkan stress.

Stress tidak akan hilang.  Tidak normal jika kamu tidak merasa stress.  Kamu cuma perlu belajar mengawal stress kerana stress tahap kronik akan melemahkan daya ingatan dan kesihatan.  Belajar untuk menenangkan diri.  Fikir secara positif.  Stress yang ditangani secara betul mampu meningkatkan produktiviti.  Tarik nafasss…  Senyum…  :)


ruang-iklan-percuma-180-x-150

Read more…

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

Jun
09

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman.  Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.  Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.  Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.  Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1.  Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:  ”Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya.  Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa:  “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”

1

Read more…

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , , , ,

Jun
08

6 sukarelawan misi Gaza selamat kembali

Alhamdulillah, 6 sukarelawan Malaysia yang mengikuti misi kemanusiaan kapal Rachel Corrie ke Gaza telah selamat pulang ke tanah air kira-kira jam 7.11 malam semalam.  Seperti diduga, misi tersebut tetap gagal menghantar bantuan ke Gaza.  Tapi apa yang lebih penting, kesemua mereka selamat pulang tanpa dicederakan atau lebih parah terbunuh dalam misi ini.  Semoga Allah membalas jasa baik mereka.

Sudah dijanjikan yang Israel laknatullah tidak sekali-kali akan tunduk pada sesiapapun kecuali kita terlebih dahulu mengikut telunjuk mereka.  Akan tetapi ada sesuatu yang dapat pejuang kita usahakan, sekurang-kurangnya membuka mata dunia tentang kezaliman rejim Israel laknatullah ini.

Sama-sama kita doakan kesejahteraan saudara kita di Palestin, kerana doa juga senjata kita sebagai muslimin.  Mungkin bantuan kita tidak sampai, tetapi bantuan Allah akan tiba dan itu paling pasti.

 

Yun:  Amin.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , , , , ,

Jun
07

Terkini:

Israel laknatullah telah membunuh sekurang-kurang 4 mujahid Palestin di perairan Gaza pagi ini.  Kumpulan Al-Aqsa mengesahkan 4 mujahid tersebut ialah ahli unit marin mereka yang berlatih di laut.

Kejadian menyayat hati ini berlaku genap seminggu selepas serangan komando rejim terhadap kapal bantuan Mavi Marmara pada 31 Mei lalu.

Gaza dikenakan sekatan sejak Hamas memerintah pada 2007.

untitled

Yun:  Ya Allah, lindungilah Palestin dan saudara kami di sana dari Israel laknatullah.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , , ,

Apr
15

logo design

Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd. (Kilang Batu Tiga Shah Alam) sekali lagi akan menganjurkan karnival jualan amal bagi tahun 2010 pada 15 Mei ini (Sabtu) bermula seawal jam 6 pagi dan dijangka berakhir sekitar jam 3 petang di kilangnya yang bertempat di Seksyen 15 Shah Alam.

Pelbagai aktiviti dirancang pada karnival kali ini antaranya jualan produk Nestle dengan harga yang berpatutan, promosi syarikat-syarikat luar, jualan makanan dan pakaian serta banyak lagi.  Turut ditawarkan permainan menarik serta karaoke untuk hiburan pengunjung.

Untuk makluman, aktiviti-aktiviti jual beli pada karnival ini mesti menggunakan kupon yang boleh didapati di kaunter kupon yang disediakan pada hari tersebut.  Pembelian melalui wang tunai adalah tidak dibenarkan sama sekali.  Setiap pembelian kupon bernilai RM20 dan ke atas melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah.  Hasil jualan akan dimasukkan ke Tabung Kebajikan Kilang Nestle Batu Tiga dan akan didermakan kepada yang memerlukan.  Sumbangan dan penyertaan anda amat dialu-alukan bagi membantu usaha murni ini.

Berbanding tahun-tahun sebelumnya, Nestle Batu Tiga merancang untuk membuka booth jualan produknya (Maggi) kali ini dengan skala lebih besar di samping penyertaan syarikat-syarikat luar seperti CIMB dan Maybank.  Selain itu, pernyertaan gerai-gerai jualan untuk pengusaha kecil-kecilan turut ditawarkan kepada individu-individu yang berminat.  Setakat ini masih terdapat kira-kira 14 booth yang masih belum didaftarkan.  Untuk info berkenaan booth jualan sila hubungi Puan Noormala di talian 03-55225808 dan tarikh tutup permohonan ialah pada 30 April 2010.

Alamat:

Nestle Manufacturing (M) Sdn. Bhd.,
Batu Tiga Factory (Gate 4),
Jalan Playar 15/1 Seksyen 15,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Klik untuk lihat peta

Jemputlah keluarga dan sahabat andai untuk menyertai jualan amal ini!

Berbelanja.Berhibur.Beramal

 

Share/Save/Bookmark

, , , , , , , , ,

Feb
25

Dengan nama Allah, aku mulakan blog ni…

Alhamdulillah, entri pertama di Cakaplah.com dah keluar!

Cakaplah.com kali ini, kita akan bercakap tentang cakaplah.com… :)

Cakaplah.com adalah blog persendirian, akan mengutarakan apa saja topik secara bebas - dan masih - persendirian.

Blog Cakaplah.com ini akan bercakap tentang bola, tentang duit, tentang ilmu, atau lawak jenaka dan apa saja - sebagai bahan bacaan umum terutama untuk kawan-kawan yang sering ‘ponteng siber’ ketika waktu kerja…  :)  Ye la, aku paham, pasal aku pun kerja…  Tension dan stress dengan bebanan kerja kadang-kadang dapat dilegakan dengan aktiviti membaca, dan meng’komen’ secara online!

Kita perlu bercakap, pertama kerana itu adalah salah satu sebab mulut diciptakan Tuhan.

Kita juga perlu bercakap, yang keduanya kerana bercakap itu dapat melegakan hati, melapangkan perasaan yang kadang-kadang ‘kacau’ dek sesuatu yang cuma kita seorang yang tahu.

Kita perlu dan amat digalakkan bercakap, yang ketiganya untuk berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain.  “Sharing is caring” kata orang putih.  Hari ni kita dengar orang ni cakap tentang bagaimana nak buat blog.  Esok mungkin dengan blog ni jugak ada orang boleh cerita tentang minat dia pada kereta terpakai.  Dan kalau semua ni dikumpulkan, akan lebih banyak yang kita tahu, kan?

Tapi semuanya mesti ada batas.  Kalau minum tawar sangat tak best, manis sangat bahaye…  Jadi batasnya percakapan itu ialah dengan akal.

Seperti trend sekarang, asal terima email dari kawan, terus forward.  Tak fikir dah benda tu betul ke salah.  Kalau bab agama tu, nampak macam bunyi ayat Quran atau hadis je terus forward.  Tak dibayangkan ke kalau benda tu salah, atau totally tak betul - rekaan orang yang berniat memesongkan akidah - apa akan jadi? Sebaiknya rujuk dulu dengan yang lebih tahu.  Di situlah gunanya akal sebagai panduan mulut nak bercakap. Dalam blog ini, segala entri adalah dari bacaan atau pengalaman aku sendiri.  Mana yang patut aku kongsi, akan dikongsikan di sini.  Ianya adalah dari pengamatan dan pendapat aku sendiri.  Maaf kalau ada darinya kurang tepat pada pandangan korang.  Sila tegur kalau ada yang korang rasa tak betul ya! Korang nak cakap apa pun kat sini cakap je laa, tapi aku tak bertanggungjawab kalau korang cakap yang bukan-bukan kat sini!  Lantak korang la!  :)  Tak betul?  Haa Cakaplah! dot com!  Bukan cakap “dot kom” laa…  Cakaplah kat Cakaplah.com!  Aah ape-ape aje lah!  Cakap je lah ape pun “atau diam selamanya…”

Share/Save/Bookmark