Archive

Posts Tagged ‘interview’

Apr
09

Pelik dengan tajuk entri hari ni?

Aku terbaca satu artikel dalam surat khabar orang putih beberapa hari lepas yang isinya berkisar tentang kecenderungan sesetengah golongan untuk kerap menghadiri temuduga, seolah-olah telah menjadi ‘hobi’ atau kecanduan bagi mereka.

Jangan salah faham.  Aku tidak merumuskan yang menghadiri temuduga itu salah.  Kita wajar menghadiri temuduga dan amat perlu pula untuk memahami mengapa kita menghadirinya.  Jika tujuannya untuk mencari punca rezeki yang lebih baik, dipersilakan.  Jika untuk mencari pengalaman menghadiri temuduga, juga dipersilakan.  Tapi janganlah hendaknya sesekali kita fikir bahawa dengan kejayaan kita menghadapi temuduga tersebut menjadikan kita sangat yakin bahawa diri kita ‘laku’ di mana-mana sahaja.  Atau dengan kata mudahnya “alah, kalau aku dah bosan dengan kerja ni nanti, aku boleh cari kerja lain.  Mesti dapat punya…”  Dan di sinilah bermulanya kesilapan demi kesilapan dalam mencari pekerjaan paling sesuai.  Hasil daripadanya, akan terjadilah ‘acara lompat melompat secara berganti-ganti’ dari satu company ke satu company lain.

Apa yang kita perlu faham di sini ialah ianya bukan tentang apa kerja yang mampu kita dapatkan, tetapi tentang apa kerja yang mampu kita laksanakan nanti.

It is not about how to get the job, but how to do that job!

Seronokkah kita dengan persekitaran kerjanya, orang sekeliling, gaji atau faedah-faedah yang ditawarkan berbanding tempat kerja lama.  Dan mampukah kerjaya kita berkembang di tempat baru nanti?

Perlu juga kita fikirkan, daripada kita sibuk-sibuk touch up dan ‘goreng’ kita punya resume, lepas tu  sibuk pulak mengkaji soalan-soalan yang mungkin akan ditanya, ditambah dengan aktiviti memilih warna baju apa yang paling sesuai - kan lebih elok kalau kita gunakan masa dan usaha tu untuk memperbaiki pencapaian dan kualiti kerja yang sedia ada.  Ye lah, bukan apa…  Takut korang keluar mulut rimau masuk mulut naga je…  Kalau dirasakan kerja baru tu lebih baik, pergi je lah.  Tapi kalau sekadar untuk mencuba-cuba, baik korang fikir 17 kali 2.

Lagi satu, dan yang paling penting - kesian la kat orang HR macam aku yang takde kena mengena dengan pencapaian dan prestasi korang pun - tapi terpaksa lintang pukang kerja siang malam semata-mata nak daftar orang baru yang tak tau entah berapa  bulan je akan berkerja kemudian sesuka hati berhenti atau cabut lari!

Nasib baik la bos aku pernah cakap…

Kalau takde lagi orang nak berhenti kerja, takde la kerja untuk kau lagi…  Kalau dah takde kerja untuk kau lagi, kau je lah yang berhenti kerja…

…err terima kasih je lah bos!

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

Mar
09

Kali ini ada sedikit panduan untuk kawan-kawan yang baru habis belajar dan sedang bersedia untuk masuk ke alam pekerjaan.

Apa nak buat bila dipanggil untuk temuduga?

Sebelum temuduga:

1.  Fizikal

Kemas, berambut pendek bagi lelaki dan elakkan mewarnakan kuku bagi perempuan.  Ingat “nothing can change the first impression”.  Sediakan pakaian yang sopan dan kemas, tidak terlalu menonjol, tidak terlalu berwarna-warni dan jika menggunakan perfume pastikan baunya tidak terlalu kuat.

2.  Mental

Baca dan kaji tentang latar belakang, struktur pengurusan dan pencapaian terkini organisasi yang akan dihadiri.  Kerapkan membaca akhbar dan majalah untuk mengetahui berita-berita terkini dalam dan luar negara.

Semasa temuduga:

Jangan takut, kalau anda takut - orang lagi takut nak ambil anda berkerja!

Jangan takut, kalau anda takut - orang lagi takut nak ambil anda berkerja!

1.  Sopan dan beradab

Kawal diri dengan bertenang, berjalan dengan yakin dan bercakaplah dengan suara yang sederhana.  Jangan membawa terlalu banyak barang seperti beg dan fail.  Bertanyalah dengan sopan jika ada kemusykilan.

2.  Di bilik temuduga

Jangan duduk sebelum diminta dan ucapkan terima kasih sebaik diarahkan berbuat demikian.

3.  Menjawab soalan

Fokus terhadap soalan yang diberikan.  Pandang kepada penemuduga ketika memberikan jawapan.  Jangan meleret-leret menceritakan perkara yang tidak perlu dan JANGAN SESEKALI MEMBURUKKAN MAJIKAN LAMA ANDA!

Selepas temuduga:

1.  Soalan penutup

Jika diminta bertanya soalan-soalan terakhir, jangan sesekali membincangkan tentang gaji dan upah anda jika diterima berkerja.  Tanyalah tentang apakah tugas dan tanggungjawab anda, dan jangan bimbang tentang gaji kerana anda boleh menbincangkannya ketika dipanggil untuk menandatangani surat tawaran nanti!

2.  Surat terima kasih

Hantarlah surat terima kasih sebagai tanda penghargaan kerana dipanggil untuk sesi temuduga tersebut.  Jangan bimbang, ianya tidak dikira sebagai ‘membodek’ dan sebenarnya lebih professional dan digalakkan.

Pesanan dari cakaplah.com, kepada yang bakal ditemuduga selamat maju jaya, berdoa dan jangan berputus asa dan yang paling penting - TOLONG BAWA PEN SENDIRI!  Pen aku asyik hilang je ni…  :)

Share/Save/Bookmark

, , , ,