Archive

Posts Tagged ‘kerja’

Apr
09

Pelik dengan tajuk entri hari ni?

Aku terbaca satu artikel dalam surat khabar orang putih beberapa hari lepas yang isinya berkisar tentang kecenderungan sesetengah golongan untuk kerap menghadiri temuduga, seolah-olah telah menjadi ‘hobi’ atau kecanduan bagi mereka.

Jangan salah faham.  Aku tidak merumuskan yang menghadiri temuduga itu salah.  Kita wajar menghadiri temuduga dan amat perlu pula untuk memahami mengapa kita menghadirinya.  Jika tujuannya untuk mencari punca rezeki yang lebih baik, dipersilakan.  Jika untuk mencari pengalaman menghadiri temuduga, juga dipersilakan.  Tapi janganlah hendaknya sesekali kita fikir bahawa dengan kejayaan kita menghadapi temuduga tersebut menjadikan kita sangat yakin bahawa diri kita ‘laku’ di mana-mana sahaja.  Atau dengan kata mudahnya “alah, kalau aku dah bosan dengan kerja ni nanti, aku boleh cari kerja lain.  Mesti dapat punya…”  Dan di sinilah bermulanya kesilapan demi kesilapan dalam mencari pekerjaan paling sesuai.  Hasil daripadanya, akan terjadilah ‘acara lompat melompat secara berganti-ganti’ dari satu company ke satu company lain.

Apa yang kita perlu faham di sini ialah ianya bukan tentang apa kerja yang mampu kita dapatkan, tetapi tentang apa kerja yang mampu kita laksanakan nanti.

It is not about how to get the job, but how to do that job!

Seronokkah kita dengan persekitaran kerjanya, orang sekeliling, gaji atau faedah-faedah yang ditawarkan berbanding tempat kerja lama.  Dan mampukah kerjaya kita berkembang di tempat baru nanti?

Perlu juga kita fikirkan, daripada kita sibuk-sibuk touch up dan ‘goreng’ kita punya resume, lepas tu  sibuk pulak mengkaji soalan-soalan yang mungkin akan ditanya, ditambah dengan aktiviti memilih warna baju apa yang paling sesuai - kan lebih elok kalau kita gunakan masa dan usaha tu untuk memperbaiki pencapaian dan kualiti kerja yang sedia ada.  Ye lah, bukan apa…  Takut korang keluar mulut rimau masuk mulut naga je…  Kalau dirasakan kerja baru tu lebih baik, pergi je lah.  Tapi kalau sekadar untuk mencuba-cuba, baik korang fikir 17 kali 2.

Lagi satu, dan yang paling penting - kesian la kat orang HR macam aku yang takde kena mengena dengan pencapaian dan prestasi korang pun - tapi terpaksa lintang pukang kerja siang malam semata-mata nak daftar orang baru yang tak tau entah berapa  bulan je akan berkerja kemudian sesuka hati berhenti atau cabut lari!

Nasib baik la bos aku pernah cakap…

Kalau takde lagi orang nak berhenti kerja, takde la kerja untuk kau lagi…  Kalau dah takde kerja untuk kau lagi, kau je lah yang berhenti kerja…

…err terima kasih je lah bos!

Share/Save/Bookmark

, , , , ,

Mar
17

1212712

Cuba lepasi pagar kesusahan korang, dan korang mesti rasa lebih gagah perkasa dari sebelumnya!  :)

Maksud aku, mesti korang pernah mengalami rasa susah dan perit sangat nak habiskan sesuatu tugasan or projek.  Rasa macam nak mengalah pun ada, nak menangis pun ada.  Tapi korang terpaksa teruskan jugak sebab korang nak hidup.  Korang perlukan nasik untuk dimakan, daging dan ayam untuk sumber protein dan duit tol untuk ke tempat kerja. 

Cuba bayangkan bagaimana orang lain yang berjaya boleh melakukannya.  Salah satunya, mungkin kerana mereka mencuba dan terus mencuba untuk menghabiskannya tanpa putus asa.  Mereka tidak sekadar berfikir - dan berfikir - tetapi mereka memulakan sesuatu dan terus mencuba menghabiskannya walau seperit mana pun. 

Pernah korang rasa macam tu?  Dan pernah korang berjaya habiskannya?  Apa korang rasa?  Paling tidak korang tentu akan lebih baik dari sebelumnya.  Kalau sebelum ni korang cuma boleh habiskan 2 pinggan nasik, cuba habiskan 3 pinggan - lepas tu setakat makan sepinggan nasik tu ape la sangat kan?  :)  Kalau sebelumnya korang boleh habiskan 3 pusingan masa joging kat tasik Seksyen 7 Shah Alam, cuba 7 kali pusing pulak tengok apa jadi lepas tu…  Setakat kena kejar anjing 2 round tu korang senyum je laa…

Cuba korang apply kat projek korang pulak.  Jangan cepat mengalah atau terlalu lama berfikir.  Tak salah mencuba dan gagal untuk belajar sesuatu yang lebih baik.  Buat dulu, dan cakaplah kat sini apa result dia!

Share/Save/Bookmark

, ,

Mar
10

68f36b417a6b85c143612febd81cbd5d1

Kerja secara matematiknya ialah pengamiran daya di atas jarak tertentu, manakala jika daya tersebut terletak di bawah jarak tertentu, daya tersebut digelar Daya Bumi.

Bangunan Daya Bumi yang terletak di Kuala Lumpur tidak menjadi tumpuan orang untuk mencari kerja kerana mereka lebih suka berkerja di bahagian barat daya ibu kota tersebut.

Arah barat daya pula tidak mempunyai kaitan langsung dengan jarak, daya dan kerja secara fizik kerana barat daya lebih tertumpu kepada ilmu kaji bumi. Ilmu kaji bumi pula tidak boleh didapati dengan mudah di bangunan Daya Bumi.

Sungguhpun bumi mempunyai dayanya yang tersendiri, namun tiada rekod dalam sebarang kajian menunjukkan bangunan Daya Bumi dibina oleh Encik Poonanda Boomi, seorang yang berdaya saing dalam perniagaan arang batu di kampungnya.

Ini bersesuaian dengan pepatah Melayu lama ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung”. Kerja menjunjung langit sebegini amat jarang dilakukan terutama oleh orang-orang Melayu dahulu kala, apatah lagi oleh Encik Poonanda Boomi sendiri.

Kesimpulannya, di mana pun kita berkerja, berkerjalah dengan penuh daya usaha kerana secara teorinya dengan berkerja kita dapat mengubah sesuatu - mungkin mengubah nasib sendiri, atau mengubah nasib peruncit di Labis atau juga menggubah lagu bertajuk Inilah Nasibku dendangan kumpulan rappers terkenal 90-an iaitu kumpulan Nico.

Sekian berita terkini, salam hormat.

Share/Save/Bookmark

, , , , , , ,